REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Sabtu, 24 Disember 2011

Hukum menjadi model samaada diblog ataupon komersial

Assalammualaikum....

Dewasa kini,aku dok tengok banyak jugak samaada di Facebook ataupun di blog,Twitter dan sebagainya banyak yang suka menyebarkan link-link gambar untuk di Like,katanya kontest...Namun,sejauh mana yang aku dok tengok kita xdak apa faedah pon Like gambar-gambar tersebut seandainya gambar uitu terdedah aurat,tidak sopan dan sumpamanya..hanya kita menambahkan saham dosa si model...jadi ramai pulak yang bertanya,katanya hobinya suka sangat photoshot,maklum la...DSLR keliling pinggan...jadi bagi menjawab persoalan ini mari kita baca pendapat para ulama ataupun yang lebih berilmu dari kita...

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,
Ana ingin mengutarakan persoalan berkaitan hukum wanita muslimah menjadi model busana muslimah dan fesyen tudung yang semakin terbuka dan berleluasa di dalam majalah berunsurkan Islam seolah-olah perkara tersebut dibenarkan syara’ kerana tiada mufti atau fatwa di Malaysia yang memberi hukum terhadapnya? Lebih-lebih lagi model muslimah tersebut memakai ‘make-up’ atau tabarruj yang jelas seperti lipstik dan sebagainya. Apakah hukum menjadi model tersebut dan hukum bertabarruj untuk tontonan umum?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Antara perkara yang dimaklumi umum ialah sesuatu itu diambil kira tentang hakikatnyadan bukan semata-mata pada namanya sahaja seperti ungkapan mashur :-

العبرة بالمسميات لا بالأسماء

Samada bentuk pakaian itu dinamakan busana muslimah ataupun nama-nama lain , yang terlebih penting ialah samada pakaian itu memenuhi SYARAT-SYARAT yang telah ditetapkan sebagai menutup aurat ataupun tidak .

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (QS al-nur ayat 30)

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).” (QS Al-Ahzab 33)

Sabda Rasulullah SAW (HR Muslim)

صنفان من أهل النار لم أرهما بعد قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

“Dua kategori penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti (pemukul) seperti ekor lembu –sebagai simbolik pemerintah yang zalim – dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang ,berjalan secara berlenggang lenggok mempunyai sanggul seperti bonggol unta .Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu sejauh perjalanan tertentu”

Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1. tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
2. tidak nipis
3. tudung hendaklah melepasi paras dada
4. tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat
5. tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah

Tidak ada fatwa mahupun mufti berfatwa mengenainya bukanlah dalil menunjukkan sesuatu perkara itu harus ataupun halal kerana senyapnya mufti tidak menjadi sumber hukum dalam Islam apatah lagi sesuatu perkara itu seperti etika berpakaian bagi wanita muslimah. Isu tabarruj merupakan isu yang sudah mempunyai hukum tersendiri untuk sekian lama dan bukanlah isu baru yang perlu di fatwakan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS



p/s:Harap jelas..jika tidak jelas sila bertanya dengan ustaz mesra rakyat Ustaz Azhar Edrus..=)

www.tips-fb.com

0 org seni komen:

Catat Ulasan

KOMEN