Jumaat, 26 Julai 2013

Singgah Sahur Flutists





Dah setahun lebih aku tak update blog ni..haha....

Bukan apa..tak ada masa..tak ada mood sama..nak buat camna....
Tapi teringin nak update tu ada..cuma malas sama..

Harini pasal xboleh tidur,aku update la sikit....

Cerita ni pasal aku dan seruling....

Minggu lepas,jumaat malam sabtu,ada membe aku ajak join diorang main seruling leps teraweh,dekat Shah Alam,dekat Dataran Shah Alam tu...sebelah SACC Mall....diorang ajak overnight dan sahur sama-sama...aku join la...
Aku pun memang tengah belajar,saja la pegi join bleh la belajar sikit-sikit ilmu diorang...so lepas teraweh aku pegi naik moto dari Uia Gombak terus ke Shah Alam...

Kitorang lepk-lepak dulu kat dataran main seruling,then pegi minum..pastu aku ikot diorang jamming di studio tangga....

Ni lah studio tangga ..haha...

Ni kat bangunan sebelah dataran Shah Alam tu...pukul 3pagi mane ade orang boleh la jamming,kat situ macam studio sebab dy punya gema tu pantul baik punya...
Lagi studio tangga dan semua pemain seruling..


Tempat sahur kitorang,kedai mamak belakang dataran...


Lepas sahur tu aku terus balik Gombak,ingat nk semayang subuh di Uia ja...sejuk-sejuk pon tabah jela..sampai ja bilik,semayang subuh pastu terus tido..haha...bngun dah zohor..huhu...



www.tips-fb.com

Jumaat, 18 Mei 2012

Musim-musim hujung sem ni....

Fuuu...fuuu..puih..puih....beqabuk habeh...alergik plak stgi..besa blog lama xbukak...takdak mood nak berblogging sejak2 insiden tahun lepas,xpa la..lupakan...

Time-time exam ni la nak tulih blog kan..haha...migu ni dah start exam kalo ikot jadual..tapi bnyak subjek aku migu depan..setat dengan Engineering Lab,UNGS(Islamic World View),Calculus,Programming,Circuit,Drawing.

Mood stdy xmai-mai lagipon walopon dalam stdy week..haha...mood lena tu xpenah chow cena mood study nak mai...apa-apa pon...bulan 5 ni ulangtahun ke-4,ulangtahun apa tu rahsia lah...tak sabaq nak balik rumah 31 Mei ni,nak jumpak mak,abah,adik-adik ngan kak long..Nak pi qumah tok lama xjumpak tok,sepupu,pak lang mak lang..haduih suma nak cerita haih..haha...


Paling penting rindu kat joran,nak pi mengai,besalah pemburu haruan tegar....grr....


Lagi satu 31 mei ni tamat exam.habeh sem nak balik terus xmau buang masa pasai cuti sikit ja..nak kena lapor diri balik kat Rejimen 515AW,pasal proses rekrut xselesai lagi...kali ni atihan hutan so kena siap mental lebih sikit.Kena buat latihan fizikal sendiri banyak sikit,sebab haritu kem induksi prestasi kurang memberangsangkan dari segi stamina.......apa-apa pon....... Yippe-Ki-Yay,kita enjoy!


 

p/s:wooo........woodpisi..wudpisi....



www.tips-fb.com

Sabtu, 24 Disember 2011

Hukum menjadi model samaada diblog ataupon komersial

Assalammualaikum....

Dewasa kini,aku dok tengok banyak jugak samaada di Facebook ataupun di blog,Twitter dan sebagainya banyak yang suka menyebarkan link-link gambar untuk di Like,katanya kontest...Namun,sejauh mana yang aku dok tengok kita xdak apa faedah pon Like gambar-gambar tersebut seandainya gambar uitu terdedah aurat,tidak sopan dan sumpamanya..hanya kita menambahkan saham dosa si model...jadi ramai pulak yang bertanya,katanya hobinya suka sangat photoshot,maklum la...DSLR keliling pinggan...jadi bagi menjawab persoalan ini mari kita baca pendapat para ulama ataupun yang lebih berilmu dari kita...

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,
Ana ingin mengutarakan persoalan berkaitan hukum wanita muslimah menjadi model busana muslimah dan fesyen tudung yang semakin terbuka dan berleluasa di dalam majalah berunsurkan Islam seolah-olah perkara tersebut dibenarkan syara’ kerana tiada mufti atau fatwa di Malaysia yang memberi hukum terhadapnya? Lebih-lebih lagi model muslimah tersebut memakai ‘make-up’ atau tabarruj yang jelas seperti lipstik dan sebagainya. Apakah hukum menjadi model tersebut dan hukum bertabarruj untuk tontonan umum?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Antara perkara yang dimaklumi umum ialah sesuatu itu diambil kira tentang hakikatnyadan bukan semata-mata pada namanya sahaja seperti ungkapan mashur :-

العبرة بالمسميات لا بالأسماء

Samada bentuk pakaian itu dinamakan busana muslimah ataupun nama-nama lain , yang terlebih penting ialah samada pakaian itu memenuhi SYARAT-SYARAT yang telah ditetapkan sebagai menutup aurat ataupun tidak .

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (QS al-nur ayat 30)

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).” (QS Al-Ahzab 33)

Sabda Rasulullah SAW (HR Muslim)

صنفان من أهل النار لم أرهما بعد قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

“Dua kategori penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti (pemukul) seperti ekor lembu –sebagai simbolik pemerintah yang zalim – dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang ,berjalan secara berlenggang lenggok mempunyai sanggul seperti bonggol unta .Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu sejauh perjalanan tertentu”

Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1. tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
2. tidak nipis
3. tudung hendaklah melepasi paras dada
4. tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat
5. tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah

Tidak ada fatwa mahupun mufti berfatwa mengenainya bukanlah dalil menunjukkan sesuatu perkara itu harus ataupun halal kerana senyapnya mufti tidak menjadi sumber hukum dalam Islam apatah lagi sesuatu perkara itu seperti etika berpakaian bagi wanita muslimah. Isu tabarruj merupakan isu yang sudah mempunyai hukum tersendiri untuk sekian lama dan bukanlah isu baru yang perlu di fatwakan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS



p/s:Harap jelas..jika tidak jelas sila bertanya dengan ustaz mesra rakyat Ustaz Azhar Edrus..=)

www.tips-fb.com

Ahad, 18 Disember 2011

13SG:Apa yang dijual di pasaraya China yang buat anda muntah hijau

Kepada yang dok makan lupakan niat nak tengok post ni..oke?bleh paham tera tuh?


Haha...masa aku berlayar tadi aku jumpak la benda tak senonoh ni...geli la sangat...Suma ni yang dijual di pasaraya di China,pasaraya tu nama apa tak tahu la...Tesco ka?haha...

Bikini ANTI-BAKTERIA untuk lelaki...





Chopstick pelbagai jenis..of course lah ada jual chopstick ni...




Jangan terkejut....BUAYA segar!!...haha....ok xlawak...




ITIK..ni itik salai kot..xpon itik kering...yark...




KATAK dan KURA-KURA segar...hidup lagi...ni bukan untuk dibela..tapi untuk dimakan...nak belapon suka hati lah...haha...tengok harga..mahal kemain..haha





KATAK segar yang lebih mahal...haha...katak puru kot...yark..(aku tak tau beza katak ngan kodok)




Macam biasa makanan wajib...Muka Babi a.k.a kepala babi...babi betol geng ni....(jum muntah)





Daging yang tak pasti daging apa....lembu kot....pikir +ve





dan yang terakhir.......memperkenalkan.....$#@%...haha...amenda natang nih???(@.@)


p/s:muntah pelan-pelan oke....sapu vick kat hidung...
www.tips-fb.com

Kalau anda yang seterusnya...Wadehel...haha..

Warghhh.......haha...Wadehel..haha.....gemuk ni buat teruk...maw tak sebek mat spek tuh..haha....Serius lapaq kaki gemuk ni..haha...



www.tips-fb.com