Assalammualaikum....
Dengan ini saya bernama Mohamad Hafif Akmal Bin Abdul Majid mengajak anda rakan-rakan blogger kat luaq sana,kat mana pon anda berada....kita sama-sama bantu adik-adik nih..mereka amat memerlukan bantuan kita.Kalau tak mampu nak hulur sumbangan wang tunai,sekurang-kurangnya tolonglah berkempen promot page Hope 2 Walk atau blog rasmi Hope 2 Walk Blog ni.
Untuk pengetahuan anda,saudara seagama kita Ronasina dan Sham memerlukan sumbangan kewangan anda supaya anak2 mereka, Annur & Annisa dapat menjalani pembedahan. Kedua-dua anak ini mengalami kelumpuhan otak (Cerebral palsy and Mitochondrial Disease) sejak kecil.
APA ITU HOPE 2 WALK?
Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (Lumpuh Otak) dan Mitochondrial Disease.Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospitaldi Beijing,China bagi menjalani rawatan,latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif.Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net/
Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.Sila layari
Jumlah sasaran:RM 500,00
Tarikh Sasaran:1 Januari 2012
FB page dan blog Hope2 Walk ini dikendalikan oleh sukarelawan dan segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada ibubapa An-Nur & Annisa.Sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Annisa dan Annur boleh berbat demikian ke akaun:
Maybank:
Mohd Affandi bin Ramli(bapa)
No akaun : 1561 1400 1424
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Faizal Ridhuan-012 212 4414
Nashita Md Noor-013 209 6373
Zumrah Husni-013 397 4050
Page di Facebook : Hope 2 Walk
Website : http://www.hope2walk.blogspot.com/
0 org seni komen:
Catat Ulasan
KOMEN