REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Jumaat, 11 Februari 2011

Sambutlah Valentine kerana ianya bukan haram...

Aku kongsikan daripada blog palong aku suka..Ameno World

Leceh betul. Satu perkara pun nak ulang cakap sampai berpuluh-puluh blog menyiarkan perkara neh. Ada yang mempertahankan valentine. Ada yang marahkan valentine. Ada yang keliru samada patut ke tak patut sambut valentine. Benda remeh cam neh pun nak bertekak bagai nak rak. Ini baru isu kecik. Isu kecik cam neh sepatutnya takdelah bebankan kepala hotak. Tetapi ntah camne benda-benda camne lah mereka pusing berdarjah-darjah untuk kelirukan penganut-penganut islam di malaysia. Heh

Setiap perkara mesti ada asas. Setiap perkara mesti ada permulaan. Kena kaji apa itu asas dan permulaan kepada valentine itu sendiri. Memandangkan Allah swt tak terangkan pasal valentine dalam Alquran kepada kita, jelaslah kita kena pergi buat research sendiri. Hasil research aku mendapati bahawa ;

1. Kisah [lagenda] paderi valentine yang sering diperkatakan oleh masyarakat kebanyakan kita boleh diragui sumber keasliannya.

2. Menerusi wiki yang aku baca cincai boncai pasal malas, dia [penulis yang juga boleh diragui keamanahannya dalam menyampaikan mesej] mengatakan tiada elemen-elemen romantika dalam asbab kematian paderi valentine. Entah kenapa tema kasih sayang [romantik] dengan kematian paderi ini boleh terkait. Faktor masa menyebabkan ramai orang mula salah tafsir.. Memang aku percaya. Manusia suka mengumpat dan membuat persepsi sendiri. Contoh terdekat ialah aku sendiri. Lihat sini

3. Paderi valentine mati pada 14 february juga tidak dapat dipastikan. Apa yang ada cumalah dia dikuburkan pada 14 february. Tarikh kematian tidak dapat dikenalpasti. Paderi-paderi kristian juga secara teknikalnya tidak tahu kesahihan fakta-fakta valentine neh. Apalah yang kita boleh harapkan pada mereka sedangkan mereka pun main ubah je kitab asal injil tue kan? [maaf enh penganut kristian, walaupun saya taknak cakap tapi benda neh fakta, kita kena terima okeyh]. Lihat sini.

4. Terdapat pelbagai mitos dan lagenda kenapa valentine disambut dibeberapa negara barat yang kemudian nya turut tersebar ke negara-negara arab dan asia.

5. Antara mitos yang aku baru amek tahu.. [dulu aku tak pernah amek tahu.. siyes aku tinggalkan valentine itu demi akidah ku bukan demi mitos]

Hari valentine ini diraikan sempena mengingati perngorbanan dan jasa-jasa paderi valentine terhadap rakyat rom suatu ketika dulu. Paderi valentine neh pernah memujuk pemerintah rom [raja] untuk menganuti kristian tetapi ditolak oleh pemerintah ketika itu. Askar-askar [lelaki] rom pada ketika itu konon nya tidak boleh berkahwin atas alasan perkahwinan akan melemahkan kekuatan fizikal mereka.

Namun secara senyap-senyap paderi valentine mengahwinkan juga askar-askar muda rom kepada pasangan masing-masing. Apabila penguasa rom mendapat tahu akan perbuatan paderi valentine, dia jadi marah dan memanggil paderi valentine mengadap. Ketika sesi soal-jawab, penguasa rom sempat memujuk paderi valentine agar menukar agamanya kepada agama pagan [animisne = atheis = tiada kepercayaan kepada agama]. Jika paderi bersetuju, penguasa rom akan membebaskan paderi valentine daripada sebarang hukuman tetapi paderi valentine enggan.

Kerana marah, paderi valentine dijatuhi hukuman mati. Sebelum mati, paderi valentine telah menyembuhkan seorang perempuan yang buta. Dan ketika dijatuhkan hukuman mati, paderi valentine telah menghantar sekeping kad kepada gadis tersebut sebagai tanda ingatan/kasih sayang. Aku pun tak sure. Maklumat neh bersepah dalam google.

6. Namun kisah di atas ini [dan lain2 kisah] telah banyak kali menjadi pertikaian di barat. Mereka mengatakan bahawa kisah yang diperkatakan dalam valentine day itu adalah mitos dan bukan nya fakta.

7. Kenapa barat sibuk2 nak pertikaian kesahihan citer di atas, aku tak pula nak amek tahu. Cuma nak bagitau memandangkan orang barat pun mencucuk mitos kristian neh, apakata kita owang islam pun cucuk gak mitos kristian neh?

8. Sabar dulu bukan aku nak create perang salib version II ke ataupun the remake of perang salib, cuma nak memperjelaskan je bahawa orang2 kristian [orang islam pun sama gak] neh suka betul lah mengada-ada kan apa yang tiada. Heh

9. Dah kalau macam tue, apa je ada hal orang-orang islam sibuk nak celebrate menda alah neh hah? Ceh, dah kantoi dah taktik paderi-paderi kristian.

10. Negara seperti jepun dan korea celebrate valentine neh secara meriah. Mungkin sebab tiada kepercayaan kot. Yelah dorang neh bukan macam kita orang islam. Busy nak mampus 24 jam. Solat wajib je ada 5x. Itupun belum masuk bab zakat, puasa dan menunaikan haji. Time dekat2 nak raya pun busy. Tak kiralah raya apa sekalipun. Pendek kata orang islam memang busy so kalau dah busy apa ke hel nya nak sambut valentine yang dimitoskan oleh kristian agar diraikan oleh setiap manusia di seluruh pelosok negara?

11. Di samping itu sambutan valentine ini juga sebenarnya satu pembaziran. Peniaga mula fikir untung segera dengan menawarkan product-product makanan seperti coklat dan bunga konon nya untuk meraikan rasa kasih sayang. Padahal nak bagi korang gemuk weh!!! Ble dah gemuk mulalah slimming centre bagi diskount untuk kurus pula... Bunga-bungaan pula selalunya tak laku time hari-hari biasa. Biasanya hari-hari cam neh lah bunga tetiba laku.. ceh. Mengekplotasikan mitos valentine untuk mengenakan kita sebagai pengguna. Peniaga itu sesat. Sesat mencari untung. Heh.

12. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan sambutan valentine neh memang ada kaitan dengan kristian. Kristian secara teknikalnya tiada perayaan tersendiri. Krismas tue pun entahlah.. tak tercatatpun dalam bibble dorang kan? Dalam islam ada macam-macam perayaan. Mungkin kristian melihat perkara tersebut dan mulalah mencipta pelbagai mitos dan etc.. untuk membolehkan mereka pun ada sambutan macam orang islam.

13. Walaupun lagenda valentine adalah satu mitos tetapi ianya tetap tercatat sebagai salah satu hari yang diraikan oleh penganut kristian di seluruh dunia. Yang tak kristian pun raikan gak. Tukar format kepada tema kasih sayang.. tetapi tak tukar asas kepada sambutan [fakta kes kenapa hari valentine tercipta].

14. Mungkin tujuan penganut kristian pada ketika itu adalah baik. Iaitu mahu memperuntukan satu hari khas untuk tema kasih sayang tetapi sayangnya hari itu telah disalahertikan. Sebab kebanyakkan pada hari itu orang islam busy buang duit dan buang tenaga untuk berseks.

15. Lagipun tiada matlamat dan niat yang khusus diperincikan kenapa orang kristian pada ketika itu sibuk mempromosikan valentine neh.


16. Maaf sekali lagi, tiada niat pula nak bercerita pasal kristian kat sini tetapi nak buat macam mana, fakta valentine neh memang sedikit sebanyak terkait dengan ajaran kristian. Kepada orang2 kristian yang matang, mereka faham benar saya ulas berdasarkan fakta setelah menyelusuri sejarah kewujudan hari valentine.

17. Paling terpenting sekali ialah orang islam sejak dulu lagi suka melebih2. Kalau orang sambut krismas kat umah, dorang sambut krismas dengan party foam. Orang kristian pun kalah. Begitu gak dengan valentine neh. Kat malaysia neh orang islam terover menyambut daripada penganut asal itu sendiri. Ceh. Mereka sambut dengan macam2 stail sampaikan satu saat aku pun terlupa sambutan valentine neh ajaran islam ke ataupun kristian. Heh

18. Mengikut protokol sambutan valentine neh ialah ;

- mesti sambut pada 14 feb tiap2 tahun.

- mesti beli hadiah tak kira laki or perempuan.

- mesti tukar2 hadiah

- mesti beromen bagi membuktikan tanda cinta masing2.

Itu protokol. Kalau korang buat salah satu dan tinggalkan salah satu tak sahlah valentine korang pada hari tersebut. Heh.

Dan kebanyakkan orang2 islam yang sambut memang follow 4 steps neh. Sebab apa?

- orang islam yang belum kahwin takley romen hari2. tak macam org bukan islam. nak romen setiap saat pun takde sapa bising. [so orang2 bkn islam takdelah beria2 nak beromen time valentine].

- so mereka mengambil kesempatan utk beromen time valentine. Ini terbukti menerusi stastistik oleh jabatan pencegah maksiat itu sendiri.

- memandangkan org2 islam dah menukarkan format kasih sayang kepada kasih seks pada hari valentine, memang wajarlah org2 islam neh dibendung dari menyambut hari neh. Lagipun telah dijelaskan tiada faedah yang nyata untuk sambut valentine melainkan mudharat. Mudharat sebab taktahu tujuan valentine secara khusus kenapa ianya diraikan [dicipta] dan mudharat sebab menjurus kepada perlakuan zina, bidaah, khurafat, boros dan mencuri.

Dan dunia telah membongkarkan muslihat orang2 kristian pada waktu dahulu. Iaitu kisah disebalik sambutan valentine adalah mitos semata2. Ada juga paderi kristian yang mengakui perihal tersebut. Dan meminta jangan kaitkan valentine dengan kristian lagi. So kesimpulan nya valentine neh adalah satu sambutan yang direka2 seperti sambutan merdeka dan etc. Tetapi apa sebab orang islam nak sambut hari yang dimitoskan untuk meraih populariti dan keuntungan neh? Lue fikirlah sendiri.

Note dari Ameno : Kalau tak buat 4 protokol valentine di atas, sambutan valentine korang tak sah... tahu? Heh

www.tips-fb.com

4 ulasan:

KOMEN