REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Rabu, 8 Disember 2010

sEjArAwAn KeDaH TuNtUt pENaNg

ALOR SETAR - Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) merancang untuk memohon limpah perkenan KDYMM Tuanku Sultan bagi menyampaikan Ucaptama seminar yang mereka akan anjurkan dan memberi ruang kepada baginda untuk menyatakan pendirian berhubung isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Jawatan Kuasa Bertindak PSMCK Kedah akan memohon menghadap KDYMM Tuanku Sultan Kedah dalam masa terdekat

bagi membincang dan menjelaskan kepada baginda isu tuntutan Pulau Pinang dan

Seberang dikembalikan kepada Kedah.

Yang Dipertuanya Dato’ Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf berkata, pertemuan itu akan diatur oleh Dato’ Syed Azizan Syed Abdullah seorang ahli jawatankuasa persatuan itu selepas satu laporan bertulis dikemukakan oleh PSMCK kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai rujukan.

Menurutnya, laporan bertulis itu akan disiapkan selepas satu perbincangan terperinci antara Ahli-ahli Jawatakuasa PSMCK dengan beberapa pakar sejarah dalam pertemuan yang akan diadakan minggu depan.

Seminar berkenaan akan diadakan sempena sambutan ulangtahun keputeraan KDYMM Tuanku Sultan tahun 2011 bagi menghurai isu ini bersama pakar sejarah dari Institut Pengajian Tinggi sebelum menyerahkan rumusan hasil kajian dalam seminar kepada pihak berkaitan.

Katanya, pihaknya mempunyai bukti kukuh bagi menyokong tuntutan itu.

“Satu tesis yang dihasilkan oleh siswi Institut Bahasa Kuala Lumpur iaitu Kalthum Ahmad pada tahun 1970 bertajuk Kedah dan Pulau Pinang Isu Pengambilan Pulau Pinang oleh Francis Light. Tesis ini menerangkankan secara mendalam mengenai status pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diberikan oleh Sultan Kedah ketika itu,” katanya.

Tesis itu turut menghuraikan beberapa fakta yang mengesahkan Pulau Pinang diambil secara tidak sah oleh wakil Kerajaan British ketika itu Francis Light sebelum satu perjanjian Bangkok 6 Mei 1869 antara Kerajaan Kedah, Siam dan British.

Dalam perjanjian itu Konsul Jeneral Eropah di Siam Leftenan Jeneral George Anot bersetuju membayar nilai 10,000 mata wang Sepanyol kepada Sultan Kedah ketika itu Sultan Ahmad Tajuddin Mukaraan Shah pada setiap tahun.

“Melalui tesis itu, PSMCK mendapat maklumat jelas mengenai fakta sejarah sebenar yang menunjukkan bahawa

Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Seberang

Perai dengan cara haram dan tidak sah. Kedah berhak ke atas Pulau Pinang dan Seberang Perai,” katanya.

www.tips-fb.com

0 org seni komen:

Catat Ulasan

KOMEN