REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Ahad, 12 Disember 2010

AlAt mUzIk

v

salam...sy ni suka bermain gitar bila ada masa terluang dan sy lebih suka bermain gitar dengan lagu2 yang berunsur ketuhanan...sblm ni ustazah sy penah cakap bermain alat muzik yang bertali adalah haram..tetapi sy juga penah terbaca satu artikel dulu ada pendapat ulama mengatakan kalau tidak lalai ia tidak haram...pada pendapat ustaz/ustazah yang mana satukah betul??

Assalamualaikum Warahmatullah.


Saya telah membincangkan isu ini pada:
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=960

Di sini saya copy paste semula.


Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.


Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa halal menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi menyokong pendapat ini seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Segala kesalahan dan kecacatan dari penulisan saya ini harap dapat diperbetulkan segera oleh sahabat-sahabat sekalian.

Wallahualam...



p/s=setelah dengar ini aku bersemangat balik ingin membeli seruling pujaan aku...

Dicopy dari=www.iluvislam.com

www.tips-fb.com

2 ulasan:

  1. banyak duet hg nk beli seruling.

    benda2 x faedah baek kita tinggalkan. :P

    BalasPadam
  2. banyak tak pa...lagi pon murah ja pon....=P
    sapa kataa xdak pekdah...ada kot...mcm men kongga,men general,men moto gp,apa pekdahnya?men dota..

    BalasPadam

KOMEN