REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Isnin, 15 Ogos 2011

Salam Perantauan Dari Petaling Jaya,Zimbabwe.

Hafif Akmal a.k.a Larpip di Kem Pelarian Zimbabwe(Penulis).


Assalammualaikum keluarga di Semenanjung Malaysia sana,sudah beberapa tahun kami (Hafizuddin,Hafif Akmal,Fahmi,Naim,Syukur) disini menuntut ilmu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Petaling Jaya,Zimbabwe.Walaupun kami sibuk belajar untuk masa depan kami,ingatan kami kami disini segar dan sangat merindui kampung dan pemili(family:bahasa Zimbabwe).Dikala ramadhan menjelma di awal bulan lalu,hati kami tergerak dan terasa sayu mengenangkan kembali saat menyambut ramadhan bersama keluarga suatu masa dulu...ketawa riang kami dan kawan-kawan dimalam bualan Ramadhan selepas solat Terawikh 8 rakaat,masih terngiang-ngiang ditelinga....Saat bermain mercun dan meriam,tatkala berdentum walaupun ada yang hilang jari-jemari namun masih tabah membakar sumbu meriam yang seterusnya,semangat kebudak-budakan dahulu amat membanggakan dan menjadi memori yang sukar dihakis dari ingatan kami walaupun dibasuh dengan Hydrochoric Acid sekalipon.

Tambahan lagi,kini sudah 15 Ramadhan ketika saya dan kawan menaip warkah ini,perasaan ingin pulang itu makin terasa,seperti kata Abdul Syukur "nak belajaq pon xsemangat dok ingat nak balik ja ni",bukan Chot saja,malahan Fahmi,Naim,Bidin juga aku pon turut merasa perkara yang sama.Namun,apakan daya,perjuangan kami disi masih perlu kami teruskan hingga saat tibanya tarikh cuti kami yang mana tiket perjalanan pulang untuk hari tersebut sudah kami genggam sejak 3 minggu yang lalu memandangkan penjualan tiket kebiasaannya akan habis awal,lantas kami sudah dulu membuat persediaan awal dengan menempah terlebih dahulu tiket pulang ke Tanah Air.





Hafizzuddin a.k.a Bidin di Kem Ibu Tunggal,Zimbabwe.



Naim di Pusat Pengedaran Juadah Berbuka,Zimbabwe.




Fahmi a.k.a Pami di Hackingstone Road,Zimbabwe.




Syukur a.ka Chot di Padang Rumput Kirchoff,Zimbabwe.


Akhir kata dari kami di Petaling Jaya,Zimbabwe,janganlah lupakan kami disini wahai kawan-kawan serta saudara mara di Tanah Air,kami akan pulang bagi menyambut Hari Raya.
Oleh itu,jari jemari kasar sepuluh kami himpunkan darab 5 orang jadi 50 jari kami pohon maaf kepada semua Muslimin serta Muslimat di mana sahaja anda berada.Salam perantauan dari kami,Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.Wassalam dan bacalah sedikit pantun dari kami.


Bawa bekal dalam tepawe, Untuk dimakan di pagi hari, Kami pelajar Kedah di Petaling Jaya,Zimbabwe, Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.


"Fara Aidilfitri"-Shona dialect







p/s:Segala perkara yanag merapu separti nama tempat seperti Hackingstone Road,Padang Rumput Kirchoff dan yang lain2 adalah rekaan semata2.
www.tips-fb.com

1 ulasan:

KOMEN