Ahad, 5 Disember 2010

sHaHaB PeRdAnA LeBiH ElOk..KoT..


ALOR SETAR- Jika sebelum ini kekurangan prasarana dan kemudahan awam yang disediakan di Stesen Bas Shahab Perdana pernah disiarkan oleh media namun di sebalik kekurangan ada kemudahan yang menyelesakan pengunjung.


Kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan dua bulan lalu dengan menyediakan ruang menunggu berhawa dingin telah mengindahkan dan mempamerkan keprihatinan terhadap pengunjung termasuk pelancong.

Pengunjung yang ditemui Sinar Harian rata-rata berpuas hati dengan kemudahan baru sekarang berbanding sebelum ini.

Pelajar, Norashikin Mohd Radzi, 23, berkata, sebelum kemudahan ini disediakan dia terpaksa menunggu di kerusi berhadapan platform bas dan terdedah dengan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dia berkata, kemudahan bilik berhawa dingin amat diharapkan oleh pengunjung bagi mengelak daripada cuaca panas dan hujan.

Menurutnya,
kemudahan yang disediakan itu perlu dijaga dan digunakan sebaik mungkin oleh pengunjung.

“Dengan adanya ruang menunggu ini, pengunjung berasa lebih selamat kerana tidak terdedah dengan risiko ragut atau kecurian.

“Keselamatan pengunjung kadangkala terancam apabila menunggu bas di kawasan luar,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pemandu bas ekspres, Abdul Majid Morad, 60, ruang menunggu yang disediakan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada pengunjung malah kepada pemandu bas.

Abdul Majid berkata, dia dan rakan sekerja lain mempunyai tempat lebih selesa untuk berehat sebelum memulakan perjalanan.

“Sekurang-kurangnya ada tempat yang selesa dengan
kipas dan hawa dingin untuk kami berehat,” katanya.

Abdul Majid berkata, diharap kemudahan yang disediakan ini dimanfaatkan dengan baik agar dapat digunakan dalam tempoh masa panjang.

Kakitangan swasta, Azizah Abdul Rani, 29, berkata, pengunjung akan berasa lebih selamat apabila pengawal keselamatan diletakkan di ruang menunggu tersebut.

“Jika dilihat sekarang pengawal keselamatan di Stesen Bas Shahab Perdana hanya tertumpu di luar iaitu tempat mengambil penumpang sahaja,” katanya.[Sinar Harian

www.tips-fb.com

2 ulasan:

  1. lepaih ne gheja lepak shabah la ada ekon. haha

    BalasPadam
  2. kalo ada wifi free lagi cun wey...lekt tang 2 sedia la..haha...

    BalasPadam

KOMEN